Sabtu, 5 Disember 2009

Perbalahan itu Kebiasaan di Akhir Zaman

Dengan namamu ya Allah daku menulis

Tika ini, terlalu banyak perbalahan di dalam parti al islam semalaysia (PAS) maka berlakulah tohmahan dan fitnah terhadap parti tersebut. Ada yang melihat perblahan konflik di dalam parti tersebut disebabkan kelemahan kepimpinan tertinggi. Ada juga yang melihat perbalahan berlaku disebabkan satu idea yang mungkin dilihat agak bernas oleh sesetengah pihak dan manakala sesetengah yang lain melihatnya sebagai tidak munasabah iaitu idea tentang penubuhan kerajaan campuran.

Saat ini, terdengar juga adanya perbalahan antara anak Mursyidul Am PAS dan juga Exco Kelantan. Ada yang menganggap bahawa perbalahan antara dua pemimpin tersebut berlaku kerana wujud ketidaksamaan pendapat walhal hamba melihat media yang terlalu mangapi-apikan kenyataan dari kedua-dua pemimpin tersebut. Maka orang awam mula tersalah tafsir apa yang berlku sebenarnya.

Yang terbaru isu doa mendoakan perdana menteri oleh Mursyidul Am PAS. ada yang melihat itu satu tindakan yang melampau namun yang menjadi persoalan adalah adakah benar Mursyidul Am PAS mendoakan yang sedemikian? Maklumlah media tidak pula menayangkan video sebenar apa yang diucapkan oleh Mursyidul Am tersebut. Maka kekeliruan boleh timbul di kalangan rakyat awam. Seharusnya media lebih telus dalam hal-hal politik ini. Namun apakan daya, media di bawah kuasa kerajaan persekutuan.

Tika ini, yang menjadi persoalan adalah cara pemimpin-pemimpin tersebut menyelesaikan kemelut yang berlaku. adakah kerajaan campuran bakal terbentuk? Adakah pemimpin PAS berjaya menghadapi kemelut ini? Apa pula peranan media dalam kemelut PAS selepas ini?Apa pula peranan media dalam isu doa mendoakan ini?

Akhir kata, Rasulullah pernah bersabda bahawa perpecahan itu kebiasaan di akhir zaman. Hanya satu cara sahaja bagi menamatkan perbalahan ini iaitu berpandu AL Quran dan As Sunnah. Fikirkanlah bersama demi kepentingan negara.
Design by Abdul Munir Visit Original Post Islamic2 Template