Jumaat, 19 Mac 2010

Siapa Ikon yang diangkat Umat Melayu Tika Ini?

Dalam meniti arus globalisasi, Umat Melayu berkejar-kejaran mencari kiblat baru. Kiblat yg dilitupi kain kiswah dan bersaiz kubik mula dilupakan. Namun lebih menyedihkan Pencipta manusia dan kehidupan itu sendiri telah dilupakan. Tidak kira di ceruk mana, tidak kira di saat bila dan ketika.

Tika umat di Iran mengakat Khominei sebagai Imam dan rujukan, tika umat di China mengagungkan Mao Ze Dong sebagai raja dan ketua sehingga terlekat gambarnya di Tianmen Square bermegahan. Namun tika ini, yang diangkat umat melayu sebagai rujukan dan teladan masih menjadi persoalan.

Hari ini umat Melayu bergaya dengan 'gadget' buatan. Hari ini umat Melayu mampu punyai ciptaan-ciptaan teknologi yang kehadapan. Namun, hakikatnya masih ketinggalan. Pemikiran masih lagi dipenuhi hiburan. Pemikiran masih dipenuhi khayalan percintaan dengan makhluk ciptaan. Pemikiran masih lagi dipusati kebendaan yang sukar dipuaskan. Tiada difikirkan mencipta kegemilangan. Tika ini, umat Melayu masih tercari-cari sapa yang patut dijadikan ikutan. Adapun, Rasulullah dikatakan sebaga ikutan sepanjang zaman. Hakikatnya, hanya selawat sebagai ikutan walhal sunnah yang lain tiada dilaksanakan.

Umat Melayu seharusnya berfikir kehadapan menurut rujukan dari Tuhan. Umat Melayu seharusnya tidak menyisihkan Tuhan dalam kehidupan. Umat Melayu seharusnya merungkai kembali sejarah yang digelapkan. Umat Melayu harus berani kehadapan mencipta kegemilangan. Umat Melayu harus punya rujukan dan ikutan. Benar, Nabi mesti dijadikan ikon kehidupan namun jangan Al Attas, Hamza Yusuf, dan Tariq Ramadan dilupakan. Mereka pemikir kehadapan. Bacalah karya mereka moga kegemilangan tidak hanya sebagai harapan.
Design by Abdul Munir Visit Original Post Islamic2 Template