Ahad, 27 Julai 2008

kutemui seniorku disini

Ahad, 27/07/08
hari ni aku dpt jumpa dua org senior aku yg kt jasin dulu.
sorang naqib aku kt jasin n the other one dorm captain aku.
both of them baru blk dari Russia, tgh cuti sem.
aku jumpa diorang dlm kul 5.15 ptg.
byk kitaorang borak... especially pasal kat skola dulu.

Rabu, 23 Julai 2008

KEMANA DESTINASIKU

SESUNGGUHNYA RAMAI MUSAFIR D DUNIA INI YG TELAH SAMPAI KE DESTINASI MEREKA,
NAMUN HANYA DUA DESTINASI YG DISEDIAKAN,
PEMILIHAN DESTINASI TERLETAK PADA DIRI KITA,
SAMA ADA TAMAN YG INDAH ATAU PANTAI YG KEMERAH-MERAHAN,
AKU TERTANYA-TANYA PADA DIRIKU DIMANA DESTINASIKU,
AKU MAHU KE TAMAN YG INDAH NAMUN TIDAK PASTI KEMAMPUANKU MENDAPAT TIKET UNTUK KE SANA,
HARGA TIKET TERLALU MAHAL DAN SUKAR KU BELI,
TIKET ITU TIDAK TERNILAI DGN HARTA DAN KEKAYAAN,
NAMUN HARGANYA TERLALU ABSTRAK DAN SUKAR DNILAI,
KERANA HARGANYA DINILAI MELALUI APA YG TERSIRAT DAN TERSURAT PADA DIRI SESEORANG.

Jumaat, 18 Julai 2008

Petikan hadis

Barangsiapa yg berniat untuk berjihad di jalan Allah namun hakikatnya dia mati di tempat tidurnya, maka Allah akan mengangkat dirinya sebagai seorang syuhada' di akhirat kelak.
Petikan dari hadis riwayat muslim.

Berdasarkan hadis tersebut dharapkan sahabat2 sekalian dapat mengambil sedikit iktibar kerana dgn berniat sedemikian kita bakal diangkat sebagai syuhada' d Akhirat kelak. Insya ALLAH.

Bicara Ilmuwan Islam

Sesungguhnya sesuatu bangsa itu akan jatuh apabila
kemewahan dan hiburan menjadi keutamaan bagi diri mereka..... kata2 Ibnu Khaldun, bapa sejarawan islam

Sahabat

Carilah sahabat yg apabila kamu memandang wajahnya, kamu ingatkan Allah,
Apabila kamu dengar bicaranya ilmu kamu ttg islam bertambah,
Apabila kamu lihat kelakuannya kamu ingatkan akhirat.

KATA2 HIKMAH

Jadilah yg tebal itu iman,
Yg nipis itu lidah,
Yg tajam itu akal,
Yg lembut itu hati,
Yg ringan itu solat,
Yg halus itu suara,
Yg luas itu ilmu, dan..........
Yg manis itu senyuman.

Khamis, 17 Julai 2008

Pertemuan

Kini aku berada d sebuah institusi pendidikan,
Pertemuan telah ditakdirkan dsitu,
Pertemuan yg bakal menjadi perpisahan,
Namun tidak d kitahui bila kan berlaku,
Namun kesyukuran dan keredhaan itu,
Sesuatu yg mesti ada pada sesiapa jua,
Tidak kira dmana dan x perlu dpersoalkan mengapa,
Seketika sahaja pertemuan itu berlaku sesama kita,
Maka hargailah pertemuan tersebut dgn sebaik-baiknya,
Ketika diberikan peluang dan kesempatan waktu oleh Yg Maha Pencipta.
Design by Abdul Munir Visit Original Post Islamic2 Template