Sabtu, 5 Disember 2009

Perbalahan itu Kebiasaan di Akhir Zaman

Dengan namamu ya Allah daku menulis

Tika ini, terlalu banyak perbalahan di dalam parti al islam semalaysia (PAS) maka berlakulah tohmahan dan fitnah terhadap parti tersebut. Ada yang melihat perblahan konflik di dalam parti tersebut disebabkan kelemahan kepimpinan tertinggi. Ada juga yang melihat perbalahan berlaku disebabkan satu idea yang mungkin dilihat agak bernas oleh sesetengah pihak dan manakala sesetengah yang lain melihatnya sebagai tidak munasabah iaitu idea tentang penubuhan kerajaan campuran.

Saat ini, terdengar juga adanya perbalahan antara anak Mursyidul Am PAS dan juga Exco Kelantan. Ada yang menganggap bahawa perbalahan antara dua pemimpin tersebut berlaku kerana wujud ketidaksamaan pendapat walhal hamba melihat media yang terlalu mangapi-apikan kenyataan dari kedua-dua pemimpin tersebut. Maka orang awam mula tersalah tafsir apa yang berlku sebenarnya.

Yang terbaru isu doa mendoakan perdana menteri oleh Mursyidul Am PAS. ada yang melihat itu satu tindakan yang melampau namun yang menjadi persoalan adalah adakah benar Mursyidul Am PAS mendoakan yang sedemikian? Maklumlah media tidak pula menayangkan video sebenar apa yang diucapkan oleh Mursyidul Am tersebut. Maka kekeliruan boleh timbul di kalangan rakyat awam. Seharusnya media lebih telus dalam hal-hal politik ini. Namun apakan daya, media di bawah kuasa kerajaan persekutuan.

Tika ini, yang menjadi persoalan adalah cara pemimpin-pemimpin tersebut menyelesaikan kemelut yang berlaku. adakah kerajaan campuran bakal terbentuk? Adakah pemimpin PAS berjaya menghadapi kemelut ini? Apa pula peranan media dalam kemelut PAS selepas ini?Apa pula peranan media dalam isu doa mendoakan ini?

Akhir kata, Rasulullah pernah bersabda bahawa perpecahan itu kebiasaan di akhir zaman. Hanya satu cara sahaja bagi menamatkan perbalahan ini iaitu berpandu AL Quran dan As Sunnah. Fikirkanlah bersama demi kepentingan negara.

Jumaat, 20 November 2009

Transformasi Diri

salam

daku berpikir sejenak
kenapa daku di sini???
mengapa daku wujud di alam ini???

mengapa dlm diam
ada tangisan dan keresahan???
ada senyuman dan ketenangan???

dlm hati pernah terasa sakit
dlm hati pernah terasa sayu
dlm hati pernah terasa sendu
dlm hati pernah terasa hempedu

daku mula mempersoal
mengapa ada kegembiraan???
mengapa ada tangisan???
mengapa ada kegemilangan???
mengapa ada kejatuhan???

daku mula meneliti diri
mula mencari jawapan alam ini
namun yg ku temui Keagungan Ilahi
dan ketemui Kekuasaan Ilahi

daku mula mengatur diri
daku mula mencari identiti diri
daku mula mencari kekuatan diri
daku mula memperbetul kelemahan diri

tiada masa tuk berfoya2
tiada masa membuang masa
tiada masa tuk mengata2
tiada masa tuk byk bicara

dunia perlukan Avicenna saat ini
dunia perlukan Al Battani saat ini
dunia perlukan Al Khawarizmi saat ini
dunia perlukan Ibnu Khaldun saat ini

daku mula mengatur strategi
mula membuat perancangan menurut nas Ilahi
mula memasakkn diri
mula menguatkan diri

Rabu, 22 Julai 2009

DUHAI HATI

Duhai hati
bersabarlah dikau pada saat ini
bersabarkah dikau dgn ujian ini
bersabarlah dikau dgn onak duri
kerna ujian dan onak itu hanya di sisi buat tika ini

Duhai hati
akan sampai satu masa nanti
dikau merasai nikmat2 dlm kehidupan ini
dikau kan merasa keindahan dlm kehidupan ini

Duhai hati
yakinlah tuhan mengetahui apa yg terpendam di sisi
yakinlah tuhan memahami apa yg menjadi kemahuan di sisi
yakinlah tuhan mengganjari pengorbanan diri
yakinlah akan ada bahagia selepas ini

duhai hati
bersabarlah dlm ujian ini
walau ia terlalu perit di sisi
namun hakikatnya bahagia telah menanti
menanti diri yg bersusah dlm kehidupan ini

duhai hati
sabarlah dlm kehidupan ini
kerna satu tika nanti kau kan nikmati hidup ini
kau kan nikmati bahagia di sini dan di sana nanti
namun kau mesti tabahkan hati tika ini

duhai hati
bersabarlah tika ini
kerna esok mungkin menjadi milik diri
kerna esok kan kau takluki si dia yang suci
kerna esok bahagia kan menanti
dan penantian itu pasti walau mungkin bukan di sini

Isnin, 11 Mei 2009

AKU X SUKA MEREKA2 YG..........

1) bila jumpa aku je...tanya pasal gossip2 ni

bab2 ni aku plg malas nk menjawab. org kita ni asal nmpk sorg laki n ppuan buat keje sesama je mulalah pikir lain. then bila nmpk je buat citer. citer sana sini. tapi yg plg x best aku penah alami satu pengalaman yg kurang best. time tu aku nk g meeting. on the way nk ke meeting tu, ada la sorg ni tegur aku n soalan dia yg pertama yg ditanya kpd aku adalah "org rumah x dtg ke?".. aku bila dgr tu berdesing telinga. tapi nk buat camna org punya mulut mana bleh nk tahan. bila pikir2 blk... hmmm.. rasa aku, maybe timbul gossip sbb aku slalu berkerjasama ngan budak L tu kot...hmm.. and org assume aku ada pape ngan dia...hmmm...hakikatnya..aku just buat keje jer.

2)slalu nk tau result aku after exam

dlm pape exam pun, aku trus terang aku buat ala kadar n termampu je... aku dari skola rendah lg bukan top scorer...bg aku, x pernah pun teringin nk jd pelajar terbaik kat skola mana2 n bila2 pun...pasal aku ni jenis org yg x suka nk study gila2 ni...bg aku lg seronok aku g main games n bc buku... tapi aku x suka bc buku akademik pasal buku2 akademik ni bila tgk je... hmmm...mula rasa semacam...lg pun if bc buku akademik ni org kita bc tuk exam je...hatta buku skola subjek pendidikan islam...hmmmm....betul ke x, aku no comment...hmmm..di sebabkan aku ni jenis yg x suka study gila2 maka result aku pun biasa2 jer...walaupun aku result aku agak baik, aku still x suka org tanya result aku brape...sbb aku sendiri x suka nk tahu result org lain n aku jugak x suka org tahu result aku brape

3)slalu sgt citer pasal hal2 agama tapi semua tu hal kecik2 je

dlm hal ni aku akan cepat bosan bila org tanya aku ttg bab2 solat..cnth kita ni patut bc qunut ke x?...hmmm... benda ni khilaf je n kalau nk bc just bc je la...tapi jgn pulak cerca org yg x bc....sebenarnya dlm analisis aku, ramai org persoal nk bc qunut or x...hakikatnya org x pernah tanya apa maksud doa qunut yg dibaca tu....hmmm...setuju ke x?...tu depends kt korg sume...tapis atu je la...dlm bab2 solat ni byk cara....so bila kita blaja satu cara tu maka berpeganglah dgn cara yg kita blaja tu n yakinlah pada apa yg diajarkan pada kita...

ok lah...nk buat keje lain...salam

3)

Ahad, 3 Mei 2009

PENGALAMANKU



Dengan namamu Ya Allah daku menulis



alhamdulillah. 26 april 2009 sehingga 3 may 2009 aku telah pergi ke Melaka untuk menghadiri satu sesi pengajian yg sangat2 seronok. tempat yg aku pergi hari tu adalah sebuah institusi agama yg terletak di sungai udang, melaka. aku habiskan seminggu cuti aku kat sana untuk bertemu dengan beberapa org yg sememangnya tak dapat diragui kehebatan mereka. namun, yg menjadi perhatian aku adalah satu sesi kuliah yg berkaitan aqidah. kitab yg diajar adalah kitab usuluddin yg membicarakan mengenai aqidah islamiah. walaupun dgr berat je bab tu tapi aku enjoy sangat2 pasal yg mengajar bukan org sebarangan tapi merupakan ulama tersohor di negeri tersebut.

26 april 2009

aku hadir ke sana menaiki bas pada pukul 11.30 pg dari plaza rakyat. seketika aku di dalam bas, aku membaca bagi mengisi kekosongan masa yg ada ketika di dalalm bas. almaklumlah dari KL ke melaka memakan masa selama 1 jam 30 minit. alhamdulillah, dapat menghabiskan beberapa muka surat dalam buku "belajar santai impak maksima". buku yg aku beli tika mana aku berkunjung di KLIBF or book festival kat pwtc pada hari sebelumnya iaitu sabtu 25 april 2009. banyak jugak imput yg kau dapat dlm buku tu dan ada beberapa tip-tip menarik dlm mengulangkaji pelajaran.

ketika sampai di melaka sentral, jam menunjukkan pukul 1.30 tgh hari. ketika aku masuk ke melaka sentral, aku telah di sambut oleh pelajar institusi berkenaan dgn penuh penghargaan. aku berasa sedikit janggal saat di sambut terlalu awal sedemikian rupa. kebiasaannya, org kita ni lmbt dlm menyambut seseorg. faham2 jelah org melayu ni berpeganag pada falsafah "janji melayu". namun hakikatnya, x semua melayu tu berpeganag pada janji melayu conthnya ahli fikir melayu yg hebat iaitu prof. syed naquib al attas, seorg pemikir melayu islam yg sgt mementingkan masa dan anak2 murid beliau diajar menepati waktu. satu lg fakta menarik adalah, beliau memanggil anak murid beliau dgn panggilan saudara dan dia semakin bersemangat berdiskusi dgn anak muridnya apabila jam melepasi 12 tgh malam. beliau dpt menganalisis seseorg tu dgn hanya melihat cara org tu minum kopi atau apa2 minuman, walhal berdasarkan jenis minuman pun dia boleh buat analisis. hebat! dan aku sangat mengkagumi diri beliau.

selepas seketika di jalanan, aku sampai di institusi tersebut, aku melihat sekeliling dan aku dapati sesuatu yg sgt2 kekurangan. hatiku sebak seketika, saat aku bermewah di kolej ku di subang, masih ada lagi mereka2 yg hidup serba kekurangan, serba serbi ada tapi x berapa memuaskan. daku bersalaman dgn beberapa pelajar, kemudian daku berbuat hal ku sendiri iaitu membaca buku kerna kebanyakkan mereka sdg melelapkan mata saat aku hadir. aku ke perpustakaan selepas bosan membaca, daku menjenguk ke perpustakaan. banyak buku di dalam bilik tu dan yg paling menarik, aku terpandang suatu gmbr, iaitu gmbr Nik Aziz. hati ku tersenyum. buku2 yg ada semuanya menarik.

maaf, akan disambung selepas ini...maaf daku terpaksa berhenti kerna ada tugasan lain menanti.

Rabu, 22 April 2009

PERGINYA SATU DARIPADA KEKUATANKU

tanggal 21 april 2009
satu daripada kekuatanku hilang
bukannya aku cacat anggota or hilang daya kemampuan berfikir tapi
aku kehilangan org yg yg byk berjasa pd aku
dari kecik sampai la besar
aku slalu ngan dia

mmg susah melupakan org yg di sayangi tapi
hakikatnya kita kena terima dgn hati yg terbuka
sama ada suka atau duka
sbb yg pasti ini semua takdir Ilahi

org yg aku maksudkan adalah mak long aku
time kecik2 dulu
dialah yg mandikan aku, pakaikan baju n sebagainya

hmmm
agak sayu gak la hari tu
tapi bersedih ada batas jugak
mkn tetap kena mkn
blaja tetap kena teruskan
hidup mesti ditempuhi
yg pergi biar pergi dan yg masih di sini bekalkanlah diri

tapi yg x bestnye kat kubur tu
hmmm
time bc talkin la
hmmm
pelik2 je ayat2 talkin tu
hmmm

yg aku perasan n dgr dgn jelas
ada ke patut dia suruh si mati kau jwb lah begini begitu
hmmm
mana logik org yg meninggal bersoal jawab dgn malaikat menggunakan mulut n akal fikiran
hmmm
yg pasti hanya satu amalan yg bleh membantu
bukan akal dan mulut yg bleh berbicara tatkala mati menjemput kita

pape pun aku nasihatkan kat korg yg mungkin jadi imam suatu ketika nanti
hmmm
jgnlah diamalkan apa yg diwarisi
tapi cari dan amalkanlah sesuatu yg hakiki
jgn malu menegakkan kebenaran dari Ilahi

salam buat kenalan dan rakan

Khamis, 9 April 2009

DOA BUAT SAHABAT

Dengan namamu Ya Allah yg Maha Pemurah lg Maha Penyayang
Segala puji bagiMu Ya Allah tuhan sekalian alam

Ya Allah ampunkanlah dosaku
dosa kedua ibu bapaku
dosa sahabat2 ku
dosa kaum kerabatku
serta dosa muslimin dan muslimat

Ya Allah daku mohon kepadaMu
keampunanMu
keredhaanMu dan
keberkatanMu

Ya Allah masukkanlah kami dalam kalangan org yg beriman
Ya Allah kau teguhkanlah iman kami
Ya Allah kau perkuatkanlah iman kami
dan kau tetapkanlah iman kami

Ya Allah bantulah kami tika susah dan senang
Kau pandangah kami Ya Allah
dan limpahkanlah keberkatanmu ke atas diri kami

Sesunguhnya hanya Engkau yg kami sembah
dan hanya kepada Engkaulah kami mohon pertolongan

Ya Allah masukanlah kami dlm kalangan org yg beriman
dan matikanlah kami dlm kalangan org yg beriman

Jumaat, 3 April 2009

IRON MIRACLE



cuba kita lihat da perhatikan apa sebenarnya yg berlaku dlm penciptaan besi
cuba kita hayati dan fikirkan bagaimana besi itu telah pun wujud berjuta2 tahun dahulu
tapi abad ini baru diketahui umum??
buktinya telah pun ada pada quran
quran menceritakan pada kita 1400 yg lampau
namun abad ini baru diketahui
sesunguhnya Al Quran itu The Book of Sign
bukannya The Book Of Science
adakah benar???
fikirkanlah

Khamis, 2 April 2009

HIKAYAT DA'I TERHALANG

Al kisah bermula di sebuah daerah yg di kenali sbg Tallus
Kawasan daerah tersebut teramatlah makmur dan aman
Kawasan tersebut mempunyai ramai perwira2 dan para da'i
daerah tersebut seperti di mekkah kerna terlihat di sana beberapa puak dan bangsa
ada yg ahli kitab, puak kuffar juga muslim

dlm daerah tersebut adanya tiga jejaka
jejaka yg selalu bersama tatkala suka dan duka
bersama dalam mengejar ilmu dan cita
besama pabila senang dan duka
namun tidur tidak pernah sebantal

yg pertama bergelar Al Jawadi
yg kedua bergelar Ibnu Azlan Attalussi
yg ketiga bergelar Ibnu Sis Attalussi
mereka bertiga berkawan rapat dan berguru bersama
guru mereka bernanma Ibnu Umar U.S.Mari

ketika berada di daerah tersebut mereka menimba ilmu dari Ibnu Umar U.S Mari
mereka selalu bertanya dan mempelajari ilmu berdasarkan hadis dan ayat Quran
mereka tidak menyukai bidaah dan mahu membetulkan ummah
namun sedikit cabaran terpaksa diredah
iaitu dari mereka yg terlalu mengikut ajaran ostaz2 tertentu tanpa menanya dalil dan hadis yg diguna

suatu ketika mereka bersemuka
kerna mahu membincangkan sesuatu perkara
perkara yg semestinya x disukai segolongan manusia
maka bertemulah mereka di hadapan sebuah gerai
pertemuan tersebut diadakan di gerai Risan yg terletak di kompleks PASSAR

maka berlakulah perbualan antaraa 3 sahabat tersebut....

Jumaat, 27 Mac 2009

ILMU DAN MAKLUMAT?? SAMA KAH??



Dengan namamu ya Allah daku menulis


Ilmu dan maklumat
adakah sama??
adakah perbezaan antara kedua2 perkara tersebut??
bagaimana pula kita mentafsirkan dua perkataan tersebut??

ilmu adalah satu maklumat yg mana menjadi satu penghayatan dalm diri kita semua
ilmu itu adalah apa yg kita hayati dan praktikkan
ilmu takkan dapat dgn cara duduk berdiam diri
tapi ilmu mesti dicari
ilmu x boleh dan x pernah mendatangi kita
tapi kita yg mesti mendatangi ilmu

"Bacalah (wahai Muhammad) dengan nama Tuhanmu yang menciptakan (sekalian makhluk), (1)"
-surah Al Alaq

dari ayat ini kita dapat simpulkan bhw Allah menganjurkan pada kita supaya membaca dgn nama Allah
jika diperhalusi, kita akan dapati bhw Allahlah yg menurunkan ilmu itu
dan dari ayat ini juga kita dapati bhw Allah ingin membezakan kita dgn yg puak2 yg lain bhw kita ini menuntut ilmu dan membaca kerana Allah bukan kerana mahu mendapat maklumat seperti mereka yg lain

hmmm
mungkin kita ada terlintas di hati
camna plak proses pendidikan kita hari ni yg mana guru yg datang pada kita
jawapan paling mudah adalah bila mana guru yg datang pada kita
itu adalah proses penyampaian maklumat
maklumat itu kita sering peroleh dgn cara belajar di skola2 atau kolej even universiti
maklumat terlalu senang diperoleh tapi dlm menukarkan maklumat pada ilmu
itu adalah suatu yg sgt sukar
maklumat itu hanya cukup difahami akal sahaja
tapi ilmu itu adalah maklumat yg kita letakkan dalam hati dan kita betul2 memahami menyakini

kita cuba berfikir sejenak pada zaman Rasulullah
kita dapati bhw para sahabat sentiasa bertanya pada Rasulullah
dan para sahabat selalu ke masjid dgn niat beribadah
mereka mahu mendapat pahala bukan hanya dgn bersolat tapi juga mendgr majlis ilmu yg disampaikan Rasulullah
dalam konteks ibadah pada hari ini
ramai yg mnetafsirkan bhw beribadah itu hanyalah di masjid san solat sahaja
walhal, ibadah itu meliputi semua aspeks kehidupan seperti makan, belajar hatta tidur juga ibadah

persoalannya sekarang
adakah kita belajar kerna mendapat ilmu atau maklumat??
kita boleh kesan apa yg dipelajari itu maklumat adalah apabila lepas exam
kita akan dapati apa yg kita blaja itu hilang begitu sahaja
kerana pada awal proses pembelajaran
kita berniat untuk mendapat maklumat dan untuk lepas exam sahaja
adakah benar?? jawapan terletak pada diri anda sendiri

akhir kalam, sesuatu yg kita dapati itu tidak kira dari sistem pendidikan barat atau pun sistem skola pondok
kita mesti faham dan hayati apa yg dipelajari
dan cubalah menghayati agar yg kita dapati itu adalah ilmu bukannya sekadar maklumat

Selasa, 10 Mac 2009

BANTAHAN TERHADAP PPSMI: WAJARKAH??




Dengan namamu Ya Allah daku menulis


PPSMI
Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dlm Bahasa Inggeris
hmmm
tajuk yg menarik untuk dikupasakan
sehingga menimbulkan kontroversi di kalangan tokoh2 negara sendiri

pada 7 march yg lalu telah diadakan bantahan terhadap dasar tersebut
bantahan diketuai oleh Dato A samad Said dan Datuk Dr Hassan Mohammad
melihat pada latar belakang kedua tokoh tersebut iaitu Datuk Dr Hassan Mohammad merukan bekas ketua pengarah Dewan Bahasa dan Pustaka manakala Dato A Samad Said pula merupakan seorg yg cukup tersohor dengan sajak dan cerpen berbahasa melayu

hmmm
cukup rasanya memberi info sedemikian rupa kerana apa yg ingin aku stresskan adalah
RASIONAL kah tindakan tersebut???
Adakah dengan melakukan sedemikian maka dasar boleh diubah dgn serta merta??
inilah yg menjadi persoalan yg seharusnya difikirkan bersama

ikut logik akal, sesebuah kerajaan yg ditubuhkan adalah penentu sesuatu dasar
jika ada pihak yg menyuarakan sepatutnya kerajaan mengambil dasar B atau dasar C.
hakikatnya, sekiranya kerajaan menetapkan dasar yg akan digunakan adalah A, maka dasar yg akan dilaksana dan terlaksana adalah A

jika rakyat ingin mengubah dasar tersebut
rasionalnya kita harus mengubah kerajaan terlebih dahulu baharulah dasar akan diubah menngikut acuan mereka atau pun wakil mereka.

namun apakan daya, yg memangkah pada pilihan raya yg lalu adalah rakyat sendiri
yg memilih kerajaan adalah rakyat sendiri maka suka x suka kenalah telan dan terima
x kira betapa pahit dan sakitnya
kerana yg memangkah kita jugak
yg bodoh siapa??? yg diperbodohkan siapa???
semestinya jawapan tersebut adalah rakyat sendiri

daku menulis bukan kerna nama
daku menulis bukan kerna harta
daku menulis kerna mahu membuka mata dan minda
daku menulis hanya kerna YG MAHA ESA

Jumaat, 27 Februari 2009

PABILA MEREKA CUBE MEMbtnKAN AKU



Dengan namamu ya Allah daku menulis

tanggal 26 feb 2009
aku meninggalkan rumah lantas menghadiri satu persidangan di putrajaya international convention centre(picc)
di sana aku bertemu dgn mereka2 yg sememangnye org kuat kerajaan
skit2 ckp dasar nasional
bosan betul

aku g sana mewakili taylors college
aku g seramai 14 org
4 laki 10 ppuan
hanya sorg je yg pakai batik dlm kalangan bdk laki
yg lain termasuk aku pakai kemeja
sampai sana baru aku teringat yg khamis tuk pakai batik

ada satu slot ni dia membicarakan pasal perlembagaan
n speaker dia adalah sorg naib canselor university
first b4 mula dia mintak untuk sesapa pesrta bertanya soalan
so bdk taylors 4 org tanya soalan

antara soalan tu adalah:
apakah signikannya sistem monarki di malaysia pada hari ini?
mengapa perlembagaan malaysia x berpandukan Quran?
n satu lg berhubung isu ketuanan melayu, adakah untuk memanjakan melayu atau menolong melayu?

tapi yg bestnye
satu pun soalan kitaorg x dijawab speaker tu
panas je kitaorg yg bertanya ni
bleh plak dia melencong pergi isu palestin plak
org isu nasional tapi dia bukak isu palestin plak
then siap kutuk org palestin punya perjuangan

apa yg aku perasan dari konvensyen tu
ramai yg membicara isu ketuanan melayu n perpaduan
tapi ada gak yg pegi tu
duk main2 cintan, melayu plak tu
hantar bunga kertas la n mcm 2 lagi
nmpk sangat belia melayu x bukak minda lg

doktrins yg cuba disampaikan plak byk yg berkaitan kerajaan
n apa sumbangan kerajaan kpd rakyat
yg best plak ada tu yg berucap tapi isu pemilihan UMNO yg akan dtg ni
x kena betul.. bdk2 taylors ni duk kutuk kat blakang
lari tema betul

kesimpulannya, aku dpt rasakan yg prgm tu cam g btn plak
byk isu perpaduan n ketuanan melayu
tapi kitaorg bdk taylors ni
xde bodoh mana sampai bleh mkn doktrin2 tu sume
pesanan aku g btn tu korg jaga2 je la
pasal ada je yg memerhati korg dlm prgm tu

Khamis, 19 Februari 2009

PABILA MEREKA BERTEMU


ada satu mlm ni
aku tgh duk ber ym ngan kwn aku yg blaja kat China
then kwn aku ni pun ajak la bukak conference
n aku jemput lagi sorg, budak mesir
so kira aku, kwn kat mesir n kwn yg kat China dlm conference tu
tapi yg pasti dua2 tu bdk yg sama skola ngan aku
sorg blaja kat china n sorg blaja kat mesir
tapi dua2 tau mandarin

so
diaorg pun start la berchatting dlm mandarin
dan secara tidak langsung aku telah diabaikan
diaorg saje nak kenakan aku
n dlm conference tu
aku sorg je laki
yg dua lg ppuan
mula la tu
$#$%$%@#$%$#**@#@
tapi yg aku perasan ada la disebut nama aku
ni yg x sedap ni
tapi xpe sedapkan je hati ni

then diaorg start upin dan ipin plak
duk mengajuk 3 kali
btul3
dah besar pun tgk kartoon
nmpk nya pengaruh kartoon masih ada pada diri plajar university
kesian
inilah kita
pemikiran masih ditakuk lama
kita tahu
mesti buat perubahan
tapi
hmmm
buat xtau
then pura2 x perlu berubah

tapi yg bagusnya
yg kat china tu dpt la fasih tiga bahasa
mandarin, english n malay

yg kat mesir plak
dia fasih 4 bahasa
mandarin, english, arab, n malay
dia blaja mandarin sbb parents dia fasih mandarin

hmmmmmm
aku ni plak
2 bahasa je
english n malay
ye la
aku ni dari darjah satu dah dpt pendidikan barat
skrang pun masih lg dapat pendidikan barat

hmmmm
kat malaysia ni
pendidkan barat kita guna n
sekular pun kita terima
hebat
dua2 kita balun
trima belaka

tu yg byk jadi islam liberal
islam sekular
tolak hadis
tolak pendapat ulama
tapi umara punya arahan sokong belaka
x kira yg baik atau tidak
patutnya ulama n rakyat mesti nasihat dan perbetulkan umara
n umara mesti sedia diperbetulkan

semoga ada pengjaran yg bakal kita ambil
selepas ini
kerana pengajaran mengajar kita erti perjalanan
di dunia ini

Rabu, 28 Januari 2009

KHUSYUKKAH KITA?(2)

Dengan namamu Ya Allah daku menulis

hmm
khusyuk??
kali ni aku nak sambung isu yg lepas

ada org kata nak khusyuk mesti pusatkan pandangan
tapi time kita solat kat masjid or surau
mesti ada org yg lalu depan kita
melintas cam lintas jalan

aku penah gak nak terajang org yg lalu dpn aku tu
tapi tgh dlm solat
x bleh la
yg lalu tu pun xde laluan lain ke nak lalu??

trus je hilang khusyuk
aku rasa sume org penah lalui peristiwa hitam tu


ada org kata nak khusyuk mesti hadirkan hati dlm solat
tapi persoalannya
camna nak hadirkan hati dlm solat
if ada jemaah yg zikir kuat?

dah la zikir kuat
tambah plak guna mikrofon
lagi2 la khusyuk terganggu

tapi yg paling sedih bila zikir pas solat tu
diaorg sebut kalimah la ila Ha illa Allah tu x betul
ada tu plak yg sebut2 tapi mata terlelap n kepala tertunduk-tunduk
kalimah tu mana bleh buat main2

pas tu yg terakhir pas solat jemaah adalah doa beramai-ramai
aku x kisah doa beramai-ramai ni
cuma aku x yakin
sume imam kat msjd or surau tu fhm apa doa yg dia bc tu
sbb doa tu bleh just hafal je

n doa org yg lalai or x tau apa yg diminta tu
Allah x trima
inilah yg diajar oleh guru aku
adalah lebih baik kita ni doa sendiri secara senyap
supaya x ganggu org yg tgh solat fardu(masbuk)

Khamis, 8 Januari 2009

DUHAI SAUDARAKU

Duhai saudaraku

Dikau terseksa tatkala daku berselesa
Dikau terseksa tatkala daku bersuka
Dikau terseksa tatkala daku kesenangan
Dikau terseksa tatkala daku kekenyangan


Daku mengerti kesakitanmu
Daku mengerti kedukaanmu
Daku mengerti kesusahanmu
Daku mengerti kelaparanmu


Namun apalah daya diriku
Daku hanya dapat melihat
Daku hanay dapat menyaksikan
Daku hanya mampu tangis dalam hatiku

Duhai saudaraku

Andai ini ujian buat dirimu
Ini jualah ujian buat diriku
Andai ini kepayahan buat diriku
Ini jualah kepayahan buat diriku

Andai ini kedukaanmu
ini jualah kedukaanku
Andai ini kesusahanmu
ini jualah kesusahanku


Duhai saudaraku

Daku malu diatas perbuatanku
Daku malu diatas kemewahanku
Daku malu diatas kesenanganku
Daku malu diatas keselesaanku

Duahai saudaraku


Daku mahu menyertaimu
Daku mahu bersamamu
Daku mahu menolongmu
Daku mahu berjuang denganmu

Duhai saudaraku

Maafkanlah diriku
Saat daku melupai dirimu tika daku kekenyangan
Maafkanlah diriku
Saat daku melupai dirimu tika daku kemewahan

Maafkanlah diriku
Saat daku melupai dirimu tika daku keselesaan
Maafkanlah diriku
Saat daku melupai dirimu tika daku kekenyangan

Duhai saudaraku

Maafkanlah diriku
Maafkanlah diriku
Maafkanlah diriku
Maafkanlah diriku



Khamis, 1 Januari 2009

APA PERASAAN KITA??



Dangan namamu Ya Allah daku menulis

Cuba kita perhatikan ketiga-tiga gmbr kat atas tu
mana satu rasanya yg paling manis, pahit n kelat bg kita??

mungkin ada antara kita yg merasa pergi ke konsert tu adalah sesuatu yg best n paling bermakna dlm hidup ataupun sejarah hidup/kalender peribadi sepanjang tahun??

mungkin juga antara kita yg merasa pahit bila menghadiri ceramah yg bertema maal hijrah??sebab utama adalah tiap2 tahun sama je event
ceramah,ceramah, n ceramah

mungkin juga ada antara kita yg merasa kelat apabila melihat seorg kanak2 Palestin yg hidup merana dan x tentu makan minum diri dia??

cuba kita renung balik
kita ni org yg camna??
yg suka enjoy??
or suka ke ceramah??
or sakit bila tgk ada yg terseksa atau susah??

so ana akan perjelaskan n bg komen skit pasal ketiga-tiga hal tu
jd harap semua bleh trima segala kritikan dan teguran serta nasihat yg bakal ana berikan berikutnya

kita lihat pd gmbr konsert dulu
hmm
1 January every year
boleh kata ada je sambutan tahun baru
n kat mana2 pun
x kira dalam or luar negara

konsert??
ikutkan konsert tu untuk org kafir je
sesuatu yg sepatutnya x wujud di Malaysia
dan x sepatutnya dihadiri oleh orang Islam
yg jadi hal skrang ni adalah
apabila konsert tu dianjurkan oleh org Islam sendiri dan untuk org Islam juga konsert tu dianjurkan

sapa yg salah sebenarnya ni??
sume salah!
yg menganjur salah
yg menghadiri pun salah
yg menyediakan lesen pun salah
yg bg guna tapak konsert pun salah

then yg hadir tu plak terkinja-kinja
lompat sana sini
laki ppuan bercampur
xde maruah ke??
dah x tahu malu ke??
duhai wanita dan lelaki
dikau semua dijadikan bukan untuk bersuka ria di dunia ni
yg Allah perintahkan adalah beribadah kpd Allah

bila ada pihak yg halang
mula cakap kita ni x demokrasi la
x faham remaja la
fikiran cetek n sebagainya
yg hadir tu pulak adalah sampah2 yg x tau kegunaan diri bukan x berguna(maaf bahasa kasar skit tapi terpaksa)
ana kata yg hadir tu sampah sbb
diaorg tu tahu benda tu salah tapi buat2 x salah
diaorg tu kekadang x faham agama
dah x tau agama tu patut pergi blaja
ni x, biar je diri tu jahil agama

then bila sampah bertemu sampah
tu yg jadi sampah sarap tu
buat pesta seks pulak
ni yg aku x sedap dgr ni
bgn je pagi 1 Jan 2009
aku dgr berita yg polis n pihak agama tahan sekumpulan manusia yg hisap ganja dan berhubungan intin dlm bilik2 tertentu kat satu lokasi yg dirahsiakan
aku dah agak dah bila tertgk kat TV konsert tu

hmm
aku dah terasa ada yg x sedap akan jadi esoknya
tapi sebenarnya pesta seks ni dah jd tiap2 tahun dah
n tarikh yg sama
cuma kita ni dah tau dah akibat konxert tu tapi buat2 x tau
ni bala ni namanya

Pasal ceramah maal hijrah plak
mmg la tiap2 tahun ceramah
sbb kita ni bila x dgr tu yg lupa tu
lg pun ceramah maal hijrah ni setahun sekali je
konsert berkali-kali setahun
patut yg slalu dgr la bosan
ni x yg jarang n julung2 kali plak yg buat diaorg bosan
kenapa jd camni ye??

dlm ceramah maal hijrah
mesti ada Ustaz yg menceritakan bahawa
ada labah2 yg membantu Nabi di gua Thur
labah2 tu berfungsi untuk mengelabui mata pemuda quraisy
supaya menyangka bahawa mustahil bg org yg masuk ke gua tapi sarang labah2 masih elok

hmm
manusia2
labah2 pun ada sumbangan tuk Islam
kita ni camne??
adakah kita ni muslim atas nama je??
adakah kita ni beriman??
dan sampai tahap mana iman kita ni??
dah tau dan sedar diri x pandai agama
tapi masih xnak berubah??
malas nak dgr ceramah agama??
cari ilmu agama??

yg tua pun sama gak salah
anak pegi konsert biarkan
tapi x suruh pulak g masjid dgr ceramah
ni pun masalah gak ni

ikut hati ni
nak je kutuk yg kat atas tu(faham2 sendiri la ye)
dia ada kuasa tapi diam je
patut yg kat atas tu cegah la
awak pun muslim jugak
patut yg kat atas tu la yg kuatkuasakan hudud
tapi x
biarkan je hudud tu jadi isu politik
politik itu agama bukannya agama tu politik
ni yg x fhm Islam pun masalah

gmbr terakhir plak
sorang budak yg x tentu makan minum diri dia
yg x pasti apa rezeki dia esok hari
yg terpaksa menanggung derita
kita ni nama Islam tapi susah nak menjalankan cara hidup Islam

yg ke konsert tu, x terasa ke kesian ngan budak tu??
apa perasaan bila itu adik kita??
apa rasa bila kita sendiri yg camtu??

Malaysia ni punya mewah
makan bukan takat kenyang je tapi membazir
dah tu makan mewah patut ibadah pun mewah
tapi sebaliknya tu adalah kita, setuju??

so pas ni fahamkan n fikir2 kanlah
sapa kita?
apa kita punya task skrang ni?
Design by Abdul Munir Visit Original Post Islamic2 Template