Jumaat, 27 Mac 2009

ILMU DAN MAKLUMAT?? SAMA KAH??



Dengan namamu ya Allah daku menulis


Ilmu dan maklumat
adakah sama??
adakah perbezaan antara kedua2 perkara tersebut??
bagaimana pula kita mentafsirkan dua perkataan tersebut??

ilmu adalah satu maklumat yg mana menjadi satu penghayatan dalm diri kita semua
ilmu itu adalah apa yg kita hayati dan praktikkan
ilmu takkan dapat dgn cara duduk berdiam diri
tapi ilmu mesti dicari
ilmu x boleh dan x pernah mendatangi kita
tapi kita yg mesti mendatangi ilmu

"Bacalah (wahai Muhammad) dengan nama Tuhanmu yang menciptakan (sekalian makhluk), (1)"
-surah Al Alaq

dari ayat ini kita dapat simpulkan bhw Allah menganjurkan pada kita supaya membaca dgn nama Allah
jika diperhalusi, kita akan dapati bhw Allahlah yg menurunkan ilmu itu
dan dari ayat ini juga kita dapati bhw Allah ingin membezakan kita dgn yg puak2 yg lain bhw kita ini menuntut ilmu dan membaca kerana Allah bukan kerana mahu mendapat maklumat seperti mereka yg lain

hmmm
mungkin kita ada terlintas di hati
camna plak proses pendidikan kita hari ni yg mana guru yg datang pada kita
jawapan paling mudah adalah bila mana guru yg datang pada kita
itu adalah proses penyampaian maklumat
maklumat itu kita sering peroleh dgn cara belajar di skola2 atau kolej even universiti
maklumat terlalu senang diperoleh tapi dlm menukarkan maklumat pada ilmu
itu adalah suatu yg sgt sukar
maklumat itu hanya cukup difahami akal sahaja
tapi ilmu itu adalah maklumat yg kita letakkan dalam hati dan kita betul2 memahami menyakini

kita cuba berfikir sejenak pada zaman Rasulullah
kita dapati bhw para sahabat sentiasa bertanya pada Rasulullah
dan para sahabat selalu ke masjid dgn niat beribadah
mereka mahu mendapat pahala bukan hanya dgn bersolat tapi juga mendgr majlis ilmu yg disampaikan Rasulullah
dalam konteks ibadah pada hari ini
ramai yg mnetafsirkan bhw beribadah itu hanyalah di masjid san solat sahaja
walhal, ibadah itu meliputi semua aspeks kehidupan seperti makan, belajar hatta tidur juga ibadah

persoalannya sekarang
adakah kita belajar kerna mendapat ilmu atau maklumat??
kita boleh kesan apa yg dipelajari itu maklumat adalah apabila lepas exam
kita akan dapati apa yg kita blaja itu hilang begitu sahaja
kerana pada awal proses pembelajaran
kita berniat untuk mendapat maklumat dan untuk lepas exam sahaja
adakah benar?? jawapan terletak pada diri anda sendiri

akhir kalam, sesuatu yg kita dapati itu tidak kira dari sistem pendidikan barat atau pun sistem skola pondok
kita mesti faham dan hayati apa yg dipelajari
dan cubalah menghayati agar yg kita dapati itu adalah ilmu bukannya sekadar maklumat

Selasa, 10 Mac 2009

BANTAHAN TERHADAP PPSMI: WAJARKAH??




Dengan namamu Ya Allah daku menulis


PPSMI
Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dlm Bahasa Inggeris
hmmm
tajuk yg menarik untuk dikupasakan
sehingga menimbulkan kontroversi di kalangan tokoh2 negara sendiri

pada 7 march yg lalu telah diadakan bantahan terhadap dasar tersebut
bantahan diketuai oleh Dato A samad Said dan Datuk Dr Hassan Mohammad
melihat pada latar belakang kedua tokoh tersebut iaitu Datuk Dr Hassan Mohammad merukan bekas ketua pengarah Dewan Bahasa dan Pustaka manakala Dato A Samad Said pula merupakan seorg yg cukup tersohor dengan sajak dan cerpen berbahasa melayu

hmmm
cukup rasanya memberi info sedemikian rupa kerana apa yg ingin aku stresskan adalah
RASIONAL kah tindakan tersebut???
Adakah dengan melakukan sedemikian maka dasar boleh diubah dgn serta merta??
inilah yg menjadi persoalan yg seharusnya difikirkan bersama

ikut logik akal, sesebuah kerajaan yg ditubuhkan adalah penentu sesuatu dasar
jika ada pihak yg menyuarakan sepatutnya kerajaan mengambil dasar B atau dasar C.
hakikatnya, sekiranya kerajaan menetapkan dasar yg akan digunakan adalah A, maka dasar yg akan dilaksana dan terlaksana adalah A

jika rakyat ingin mengubah dasar tersebut
rasionalnya kita harus mengubah kerajaan terlebih dahulu baharulah dasar akan diubah menngikut acuan mereka atau pun wakil mereka.

namun apakan daya, yg memangkah pada pilihan raya yg lalu adalah rakyat sendiri
yg memilih kerajaan adalah rakyat sendiri maka suka x suka kenalah telan dan terima
x kira betapa pahit dan sakitnya
kerana yg memangkah kita jugak
yg bodoh siapa??? yg diperbodohkan siapa???
semestinya jawapan tersebut adalah rakyat sendiri

daku menulis bukan kerna nama
daku menulis bukan kerna harta
daku menulis kerna mahu membuka mata dan minda
daku menulis hanya kerna YG MAHA ESA
Design by Abdul Munir Visit Original Post Islamic2 Template