Isnin, 11 Mei 2009

AKU X SUKA MEREKA2 YG..........

1) bila jumpa aku je...tanya pasal gossip2 ni

bab2 ni aku plg malas nk menjawab. org kita ni asal nmpk sorg laki n ppuan buat keje sesama je mulalah pikir lain. then bila nmpk je buat citer. citer sana sini. tapi yg plg x best aku penah alami satu pengalaman yg kurang best. time tu aku nk g meeting. on the way nk ke meeting tu, ada la sorg ni tegur aku n soalan dia yg pertama yg ditanya kpd aku adalah "org rumah x dtg ke?".. aku bila dgr tu berdesing telinga. tapi nk buat camna org punya mulut mana bleh nk tahan. bila pikir2 blk... hmmm.. rasa aku, maybe timbul gossip sbb aku slalu berkerjasama ngan budak L tu kot...hmm.. and org assume aku ada pape ngan dia...hmmm...hakikatnya..aku just buat keje jer.

2)slalu nk tau result aku after exam

dlm pape exam pun, aku trus terang aku buat ala kadar n termampu je... aku dari skola rendah lg bukan top scorer...bg aku, x pernah pun teringin nk jd pelajar terbaik kat skola mana2 n bila2 pun...pasal aku ni jenis org yg x suka nk study gila2 ni...bg aku lg seronok aku g main games n bc buku... tapi aku x suka bc buku akademik pasal buku2 akademik ni bila tgk je... hmmm...mula rasa semacam...lg pun if bc buku akademik ni org kita bc tuk exam je...hatta buku skola subjek pendidikan islam...hmmmm....betul ke x, aku no comment...hmmm..di sebabkan aku ni jenis yg x suka study gila2 maka result aku pun biasa2 jer...walaupun aku result aku agak baik, aku still x suka org tanya result aku brape...sbb aku sendiri x suka nk tahu result org lain n aku jugak x suka org tahu result aku brape

3)slalu sgt citer pasal hal2 agama tapi semua tu hal kecik2 je

dlm hal ni aku akan cepat bosan bila org tanya aku ttg bab2 solat..cnth kita ni patut bc qunut ke x?...hmmm... benda ni khilaf je n kalau nk bc just bc je la...tapi jgn pulak cerca org yg x bc....sebenarnya dlm analisis aku, ramai org persoal nk bc qunut or x...hakikatnya org x pernah tanya apa maksud doa qunut yg dibaca tu....hmmm...setuju ke x?...tu depends kt korg sume...tapis atu je la...dlm bab2 solat ni byk cara....so bila kita blaja satu cara tu maka berpeganglah dgn cara yg kita blaja tu n yakinlah pada apa yg diajarkan pada kita...

ok lah...nk buat keje lain...salam

3)

Ahad, 3 Mei 2009

PENGALAMANKU



Dengan namamu Ya Allah daku menulis



alhamdulillah. 26 april 2009 sehingga 3 may 2009 aku telah pergi ke Melaka untuk menghadiri satu sesi pengajian yg sangat2 seronok. tempat yg aku pergi hari tu adalah sebuah institusi agama yg terletak di sungai udang, melaka. aku habiskan seminggu cuti aku kat sana untuk bertemu dengan beberapa org yg sememangnya tak dapat diragui kehebatan mereka. namun, yg menjadi perhatian aku adalah satu sesi kuliah yg berkaitan aqidah. kitab yg diajar adalah kitab usuluddin yg membicarakan mengenai aqidah islamiah. walaupun dgr berat je bab tu tapi aku enjoy sangat2 pasal yg mengajar bukan org sebarangan tapi merupakan ulama tersohor di negeri tersebut.

26 april 2009

aku hadir ke sana menaiki bas pada pukul 11.30 pg dari plaza rakyat. seketika aku di dalam bas, aku membaca bagi mengisi kekosongan masa yg ada ketika di dalalm bas. almaklumlah dari KL ke melaka memakan masa selama 1 jam 30 minit. alhamdulillah, dapat menghabiskan beberapa muka surat dalam buku "belajar santai impak maksima". buku yg aku beli tika mana aku berkunjung di KLIBF or book festival kat pwtc pada hari sebelumnya iaitu sabtu 25 april 2009. banyak jugak imput yg kau dapat dlm buku tu dan ada beberapa tip-tip menarik dlm mengulangkaji pelajaran.

ketika sampai di melaka sentral, jam menunjukkan pukul 1.30 tgh hari. ketika aku masuk ke melaka sentral, aku telah di sambut oleh pelajar institusi berkenaan dgn penuh penghargaan. aku berasa sedikit janggal saat di sambut terlalu awal sedemikian rupa. kebiasaannya, org kita ni lmbt dlm menyambut seseorg. faham2 jelah org melayu ni berpeganag pada falsafah "janji melayu". namun hakikatnya, x semua melayu tu berpeganag pada janji melayu conthnya ahli fikir melayu yg hebat iaitu prof. syed naquib al attas, seorg pemikir melayu islam yg sgt mementingkan masa dan anak2 murid beliau diajar menepati waktu. satu lg fakta menarik adalah, beliau memanggil anak murid beliau dgn panggilan saudara dan dia semakin bersemangat berdiskusi dgn anak muridnya apabila jam melepasi 12 tgh malam. beliau dpt menganalisis seseorg tu dgn hanya melihat cara org tu minum kopi atau apa2 minuman, walhal berdasarkan jenis minuman pun dia boleh buat analisis. hebat! dan aku sangat mengkagumi diri beliau.

selepas seketika di jalanan, aku sampai di institusi tersebut, aku melihat sekeliling dan aku dapati sesuatu yg sgt2 kekurangan. hatiku sebak seketika, saat aku bermewah di kolej ku di subang, masih ada lagi mereka2 yg hidup serba kekurangan, serba serbi ada tapi x berapa memuaskan. daku bersalaman dgn beberapa pelajar, kemudian daku berbuat hal ku sendiri iaitu membaca buku kerna kebanyakkan mereka sdg melelapkan mata saat aku hadir. aku ke perpustakaan selepas bosan membaca, daku menjenguk ke perpustakaan. banyak buku di dalam bilik tu dan yg paling menarik, aku terpandang suatu gmbr, iaitu gmbr Nik Aziz. hati ku tersenyum. buku2 yg ada semuanya menarik.

maaf, akan disambung selepas ini...maaf daku terpaksa berhenti kerna ada tugasan lain menanti.
Design by Abdul Munir Visit Original Post Islamic2 Template