Jumaat, 28 November 2008

KINI KU MENYEDARI

Dgn namamu Ya Allah

tersedar aku kini bahawa kehidupan x seindah yg diharap dan diimpikan
sewaktu kecil teringin sgt waktu berlalu pantas agar cita2 untuk menjadi professional termakbul
dan bleh la menikmati dunia ni dgn sepuas-puasnya
kereta, duit, harta, pangkat dan saham menjadi milikku
hajat di hati mahu berkongsi sedikit kesenangan sesama kengkawan

namun kini ku sedar bahawa yg dirancang x semestinya ikut perancangan
sbb dlm perancangan, kita slalu buat rancangan sendiri tanpa mengetahui rancangan Ilahi
dan kengkadang kita merancang ikut kemahuan dan nafsu
sehinggakan semuanya x diredhai Ilahi

dan kini ku merasa resah di hati dalam menjalani hidup ini
kerana byk beban yg harus ditanggungi
byk harapan yg menanti dari bapa dan ibu ku yg mithali
kerana mereka sedang menanti kejayann dari diri ini

ummi abi maafkan diri ini
kerana pesan abi dan ummi sering ku lupai sering ku alpai

harapan ku kini hanya pada Ilahi
moga ada pertolongan dari Ilahi
moga ada kekuatan yg diberi Ilahi untuk diri ini
kerana ku di sini untuk mencari redha Ilahi

Khamis, 13 November 2008

DUHAI UMAR

Duhai Umar

Daku melihat dikau duduk dibawah pohon kurma
Hakikattnya dikau mampu punyai singgahsana

Daku mendengar dikau menggunakan keldai untuk sampai ke situ
Hakikatnya dikau mampu punyai kuda tunggangan yg gagah perkasa untuk sampai ke situ

Daku mendengar dikau alas kain berlipat dua sahaja bagi ketika tidurmu
Hakikatnya dikau mampu punyai kain tebal bagi menyelimuti tubuhmu

Daku mendengar dikau makan roti yang keras sebagai hidanganmu
Hakikatnya dikau mampu menikmati daging panngang sebagai hidanganmu

Daku mendengar dikau berjalan untuk memenuhi keperluan rakyatmu di malam hari
Hakikatnya dikau patut tidur kerana penat menguruskan negara di siang hari

Daku mendengar dikau memikul gandum untuk kesenangan rakyatmu
Hakikatnya dikau punyai pembantu yg patut membantumu

Daku mendengar dikau melarang sebiji buah diberikan pada anakmu
Hakikatnya engkaulah penguasa ladang2 di dalam negerimu

Daku mendengar anakmu bertanya mengapa kehidupan sebegini yg kau pilih
dikau mejawab bagaimana harus ku memilih
kerana inilah kehidupan yg dipilih oleh insan terpilih
daku takkan melebihi cara kehidupan insan terpilih

Petikan hadis 3

"Janganlah salah seorang kamu mengharapkan kematian disebabkan musibah yang melanda dirinya. Jika dia berasa terlalu terdesak, maka ucapkanlah: Ya Allah, panjangkanlah hidupku selagi mana hidup itu baik bagiku. Wafatkanlah aku jika kewafatan itu lebih baik untukku"
-Riwayat Bukhari

Penerangan: sesungguhnya org mukmin dilarang meminta mati. namun jika tidak dapat bertahan lagi maka Rasulullah membenarkan seseorg itu membaca doa sedemikian. hakikatnya, Allah tidak akan membebankan seseorang melainkan apa yg terdaya oleh seseorg itu.

Sabtu, 8 November 2008

kandungan mashaf Nabi Musa

-suhuf ni dipenuhi ibarat dan perumpamaan

antara isi2 mashaf tersebut:

1)Aku hairan dengan orang yang meyakini mati
tapi masih lagi bersenang hati

2) Aku hairan dengan orang yang percaya kepada qadar
tapi masih belum puas

3)Aku hairan dengan orang percaya kepada neraka
tapi masih tertawa

4)Aku hairan dengan orang yang melihat keserabutan dunia
tapi masih berjinak-jinak dengannya

5)Aku hairan dengan orang yang meyakini hisab
tapi masih malaas beramal

-petikan dari hadis Alhakim

Bicara Ilmuwan Islam

Sesungguhnya meyakini dan mempercayai Allah itu wujud adalah wajib
namun menanyakan bagaimana kewujudan Allah itu bid'ah
-petikan kata2 Imam Malik

Sabtu, 1 November 2008

KU MEMOHON HANYA PADAMU

Suatu ketika
saat orang lain merehatkan mata dan minda
aku membersih diri
lantas ku membentang hamparan liang lahad bagi diriku
kemudian aku berdiri dan bertakbir
ku mula menyebut kalimah2 suci yg Kau nuzulkan
dan ku memuji kebesaran Mu saat badanku melentur
seterusnya aku meminta pada Mu tika muka bersentuh dgn bumimu
dan tibalah waktu itu
aku menadah tangan disertai rasa keinsafan
ku memohon padaMu agar mengampuni dosa kedua ibubapaku
dosa guru2 ku, sahabat2ku, serta muslimin dan muslimat
Ya Allah, ku memohon keampunanMu, keredhaanMu dan keberkatanMu
Ya Allah, tetapkanlah iman ku, kuatkanlah iman ku dan teguhkanlah iman ku,
Ya Allah, tetapkanlah aqidah ku, kuatkanlah aqidah ku, dan teguhkanlah aqidah ku,
Ya Allah, kau bantulah daku
tika waktu susah dan tika waktu senang
sesungguhnya hanya Engkau daku sembah
kepada Engkaulah daku memohon pertolongan
dan kepada Engkau sajalah daku berserah
Ya Allah, ku memohon hanya padamu
Design by Abdul Munir Visit Original Post Islamic2 Template