Selasa, 16 Disember 2008

DISEKOLAHKAN ATAU DISEKULARKAN??

sekolah??
sekular??

ni macam menyimpang jauh je
apa kaitan sekular dgn sistem pendidikan?

Dengan namamu Ya Allah daku menulis

cuba kita renung balik hidup kita time muda2 dulu
blajar untuk pe?
blaja sebab pe?

-time muda2 dulu aku aku jwb:
blaja untuk parents sbb nak diaorg happy
blaja sbb nak jd kaya , jd billionaire

skrang ni aku rasa sistem pendidikan kita ni dah lari jauh sgt
sbb byk sangat ilmu yg kita belajar diniatkan tuk kemewahan dunia semata-mata
kita diajar untuk belajar demi mengejar
mengejar yg aku maksudkan adalah cita2 yg sementara iaitu cita2 yg kat dunia sahaja
cikgu2 plak bagi semangat
"kamu mesti jadi engineer, doctor, lecturer, akauntan kemudian blk ke Malaysia sampaikan pada junior2"
pas le dgr kata2 semangat tu pergh berkobar rasa diri nak cepat habis buat degree then keje

hmm
tapi hakikatnya kita ni dah disetkan tuk menjadi seseorg yg fikirannya lari dari nas2 Islam
sedar x sedar kita ni time kat skola dulu
-membaca sbb nak exam
-membaca sbb nak dpt pointer 4flat(kononnye) dlm exam
-baca pun just buku2 skola
-kita ni byk membaca dan menghafal tapi x memahami sebenarnya

so berbalik pada tajuk
skrang ni budak2 disekularkan
contohnya cam aku sebut td
-blaja sebab hal2 dunia
-kita diajar kat skola dulu 3jam seminggu tuk mata pelajaran agama Islam
tapi subjek2 lain pergh byk sgt jamnye
-kita diajar mata pelajaran agama tuk jwb exam tapi x plak diajar tuk dipraktikkan di luar
-kita diajar cara solat, puasa dan lain2 hal ibadah
tapi bab2 aqidah kita kurang diajar
contohnya kita diajar untuk tutup aurat tapi bila check skrang ni
ramai plak yg x tutup aurat

sebab pe ye??
-ni la yg aku kata diajar tuk exam tapi bukan tuk dipraktikkan
-bagi aku ppuan ni dia fhm dah sistem hijab tapi dia x tutup aurat jugak
n aku rasa diaorg ni aqidah kurang skit
yg paling mudah diaorg percaya Allah melihat apa yg diaorg lakukan tapi x yakin yg Allah tu melihat
-lg satu diaorg x nmpk kebaikan sistem hijab
-yg terakhir family pun sama x larang buka aurat

"barangsiapa yg mencari agama selain dari agama Islammaka tidaklah akan diterima agama itu daripadanya dan di akhiratkelak termasuk ke dalam orang-orang yang rugi"
(Alil Imran:85)

so dari ayat tersebut kita sepatutnya sedar apa yg patut kita dasari dlm menghadapi hidup ni iaitu cara hidup Islam yg sebenar iaitu Islam hakiki nukan Islam hadari, bukan Islam moden dan bukan Islam kontemporari

Islam itu mestilah berlandaskan Alquran dan Assunnah
Islam yg bersih dari bidaah
Islam yg tiada percampuran adat dan budaya setempat

so lastly aku nak sampaikan beberapa cara tuk kita ni diskolakan bukan disekularkan

1)mesti niat pada setiap pagi
"sesungguhnya solatku, ibadahku, hidup dan matiku hanyalah kerana Allah"

2)mantapkan ilmu aqidah dgn cara kita bertanya pada ustaz dan ustazah

3)baca dan fahami quran selalu

4)berkawanlah dgn org2 yg byk ilmu agama

5)setiasa menjaga syariat Islam x kira dimana

6)ingatlah kita di sini untuk menjalankan misi dari Ilahi

so itulah sedikit peringatan dariku buat anda semua
tersalah kata harap diberi tunjukkan

Ahad, 14 Disember 2008

Harapanku

kepada para pemimpin

-bersatulah demi menegakan negara Islam yg berlandaskan syariat islam yg sebenar
-jgnlah merendah-rendahkan org lain
-jgn diumpat musuh ketika berkempen
-katakanlah benar walaupun pahit


kepada para mujahed dan mujahidah sekalian

-bangkit dan bersatulah demi Islam
-anda harapan agama dan bangsa
-jgn difikir anda lemah dan berputus asa kerana yg berputus asa itu hanyalah org yg kafir
-kuatkan iman dan mantapkan aqidah


kepada ahli kelas 506 batch 06/07

-bersama kita berusaha mengejar cita
-bersatu dlm segala hal sepertimana kita berada d maktab dahulu
-bantu-membantu amalan kita
-susah senang kita bersama(ayat aku kat jasin dulu)


kepada taylorians

-bersama menegakkan sinar islam di kolej
-bersama membantu dlm menyiapkan assignments
-bekerjasama dlm dakwah
-jaga perlakuan dan tingkah laku


kapada sahabat yg di Beijing, Uitm Pahang, Utm jalan semarak

-sentiasa menjaga pergaulan
-jaga diri dan amanah Allah
-sentiasalah memohon bantuan Allah tika susah dan senang
-sentiasalah berusaha mengejar cita

Rabu, 10 Disember 2008

KISAHKU SEMASA RAYA QURBAN TAHUN INI

Dgn namamu YA ALLAH daku menulis

hmmm
raya qorban kembali lg
Alhamdulillah dpt jugak aku menemui dan merasa raya qorban pada kali ni
raya qorban kali ni aku sambut kat batu pahat
n suasana pagi raya tu hujan renyai2
tapi mlm sebelum tu hujan turun dgn lebat sesangat
kali ni aku malas nak citer pasal sejarah bermulanya raya qorban ni
pasal aku yakin para mujahid dan mujahidah sekalian mesti dah citer kat blog memasing
yg aku nak kongsi kali ni adalah beberapa gmbr berkaitan suasana qurban kt batu pahat(kmpg aku)

hmm
sebahagian kaki lembu yg tergantung tersedia tuk dilapah


kepala lembu yg tgh ditarah
sume ni sedara aku yg main tarah je
asal ada parang jadi
main redah je
kesian lembu tu


daging yg telah disembelih akan diagih-agihkan kemudian


eh.. camna ada byk sgt kaki ni??
takkan manusia pun kena korban gak ?
pelik2


dari tadi x sudah2
hmm.. sah la x pro lg ni


RALAT
-abaikan tarikh yg tertera pd gmbr2 tersebut
kerana x di set dgn betul

-hmm.. tu je la yg aku dpt kongsi ngan para sahabat semua tuk kali ni

Khamis, 4 Disember 2008

KHUSYUK KAH KITA ?

Suatu pertanyaan yg sering bermain difikiran
semestinya kita bertanya camna nak khusyuk dlm solat
kita ni umat akhir zaman solat2 dah tapi maksiat buat lg
couple, dating, mengumpat, mengata, dan sebagainya

hmm
kenapa bleh jadi camni yer
apa yg x kena sebenarnya pada diri kita ni??
kenapa org yg byk solat sunat dan nmpk baik pun blum tentu dapat khusyuk
walhal sahabat dulu amalan sikit je
tapi khusyuk x perlu dipertikaikan
bila solat je terus berdiri dan x bergerak-gerak
x kisah la apa pun yg datang menduga
contohnya Saidina Ali, solat sehinggakan x rasa anak panah dah dikluarkan
kemudian ada sahabat yg berdiri lama ketika qiam

ada yg kata nak khusyuk tinggalkan hal dunia
-hmm, camna nak lupakan hal dunia walhal kita solat tuk sepuluh mint je paling lama
then 10minit kali 5= 50 minit
walhal selebihnya 23 jam 10 minit kita gunakan tuk dunia
betul atau tidak anda sendiri yg bleh menjawabnya

ada yg kata nak khusyuk kena pandang tempat sujud
-hmm, camna nak khhusyuk jika yg kita pandang tu ada pemandangan yg indah dan bercorak pulak tu
-ditambah plak gambar2 tu bleh menyebabkan kita berhalusinasi yg bukan2
persoalannya bagaimana mungkin org yg solat berjemaah di masjid bleh khusyuk lebih dari org yg solat sendirian di rumah walhal corak sejadah di masjid lg indah coraknya
-jika makmum di masjid telah ditontonkan dgn corak2 nan indah bagaimana pula imam??
semestinya lagi hebat coraknya dan lebih halus dan lembut sejadah yg disediakan
bukan begitu wahai para mujahid sekalian yg selalu pergi ke masjid untuk berjemaah??

ada yg kata nak khusyuk mesti faham apa yg dibaca dlm solat
-hmmm, camna nak fhm apa yg dibaca dlm QURAN jika ilmu yg diajar di skola lebih banyak yg berkaitan hal2 duniawi
fizik, chemistry, biology,dan sebagainya
walaupun ada yg berkata pengajian islam yg diajar di skola tu dah byk membantu dlm aqidah dan ibadah seseorg
tapi persoalannya, org sekarang ni blaja dan bukak buku agama bila dah nak exam
-hmm, dah nak exam baru buka
bermakna bukak dan baca tuk exam
bukan berniat nak mengamalkan dan disampaikan
kemudian x cukup baca hafal
hmmm, hafal tapi untuk exam
apa gunanya??
lepas exam hilangla ilmu tu
sbb x diniatkan untuk beribadah dan kerana Allah

-akan bersambung kemudian

Jumaat, 28 November 2008

KINI KU MENYEDARI

Dgn namamu Ya Allah

tersedar aku kini bahawa kehidupan x seindah yg diharap dan diimpikan
sewaktu kecil teringin sgt waktu berlalu pantas agar cita2 untuk menjadi professional termakbul
dan bleh la menikmati dunia ni dgn sepuas-puasnya
kereta, duit, harta, pangkat dan saham menjadi milikku
hajat di hati mahu berkongsi sedikit kesenangan sesama kengkawan

namun kini ku sedar bahawa yg dirancang x semestinya ikut perancangan
sbb dlm perancangan, kita slalu buat rancangan sendiri tanpa mengetahui rancangan Ilahi
dan kengkadang kita merancang ikut kemahuan dan nafsu
sehinggakan semuanya x diredhai Ilahi

dan kini ku merasa resah di hati dalam menjalani hidup ini
kerana byk beban yg harus ditanggungi
byk harapan yg menanti dari bapa dan ibu ku yg mithali
kerana mereka sedang menanti kejayann dari diri ini

ummi abi maafkan diri ini
kerana pesan abi dan ummi sering ku lupai sering ku alpai

harapan ku kini hanya pada Ilahi
moga ada pertolongan dari Ilahi
moga ada kekuatan yg diberi Ilahi untuk diri ini
kerana ku di sini untuk mencari redha Ilahi

Khamis, 13 November 2008

DUHAI UMAR

Duhai Umar

Daku melihat dikau duduk dibawah pohon kurma
Hakikattnya dikau mampu punyai singgahsana

Daku mendengar dikau menggunakan keldai untuk sampai ke situ
Hakikatnya dikau mampu punyai kuda tunggangan yg gagah perkasa untuk sampai ke situ

Daku mendengar dikau alas kain berlipat dua sahaja bagi ketika tidurmu
Hakikatnya dikau mampu punyai kain tebal bagi menyelimuti tubuhmu

Daku mendengar dikau makan roti yang keras sebagai hidanganmu
Hakikatnya dikau mampu menikmati daging panngang sebagai hidanganmu

Daku mendengar dikau berjalan untuk memenuhi keperluan rakyatmu di malam hari
Hakikatnya dikau patut tidur kerana penat menguruskan negara di siang hari

Daku mendengar dikau memikul gandum untuk kesenangan rakyatmu
Hakikatnya dikau punyai pembantu yg patut membantumu

Daku mendengar dikau melarang sebiji buah diberikan pada anakmu
Hakikatnya engkaulah penguasa ladang2 di dalam negerimu

Daku mendengar anakmu bertanya mengapa kehidupan sebegini yg kau pilih
dikau mejawab bagaimana harus ku memilih
kerana inilah kehidupan yg dipilih oleh insan terpilih
daku takkan melebihi cara kehidupan insan terpilih

Petikan hadis 3

"Janganlah salah seorang kamu mengharapkan kematian disebabkan musibah yang melanda dirinya. Jika dia berasa terlalu terdesak, maka ucapkanlah: Ya Allah, panjangkanlah hidupku selagi mana hidup itu baik bagiku. Wafatkanlah aku jika kewafatan itu lebih baik untukku"
-Riwayat Bukhari

Penerangan: sesungguhnya org mukmin dilarang meminta mati. namun jika tidak dapat bertahan lagi maka Rasulullah membenarkan seseorg itu membaca doa sedemikian. hakikatnya, Allah tidak akan membebankan seseorang melainkan apa yg terdaya oleh seseorg itu.

Sabtu, 8 November 2008

kandungan mashaf Nabi Musa

-suhuf ni dipenuhi ibarat dan perumpamaan

antara isi2 mashaf tersebut:

1)Aku hairan dengan orang yang meyakini mati
tapi masih lagi bersenang hati

2) Aku hairan dengan orang yang percaya kepada qadar
tapi masih belum puas

3)Aku hairan dengan orang percaya kepada neraka
tapi masih tertawa

4)Aku hairan dengan orang yang melihat keserabutan dunia
tapi masih berjinak-jinak dengannya

5)Aku hairan dengan orang yang meyakini hisab
tapi masih malaas beramal

-petikan dari hadis Alhakim

Bicara Ilmuwan Islam

Sesungguhnya meyakini dan mempercayai Allah itu wujud adalah wajib
namun menanyakan bagaimana kewujudan Allah itu bid'ah
-petikan kata2 Imam Malik

Sabtu, 1 November 2008

KU MEMOHON HANYA PADAMU

Suatu ketika
saat orang lain merehatkan mata dan minda
aku membersih diri
lantas ku membentang hamparan liang lahad bagi diriku
kemudian aku berdiri dan bertakbir
ku mula menyebut kalimah2 suci yg Kau nuzulkan
dan ku memuji kebesaran Mu saat badanku melentur
seterusnya aku meminta pada Mu tika muka bersentuh dgn bumimu
dan tibalah waktu itu
aku menadah tangan disertai rasa keinsafan
ku memohon padaMu agar mengampuni dosa kedua ibubapaku
dosa guru2 ku, sahabat2ku, serta muslimin dan muslimat
Ya Allah, ku memohon keampunanMu, keredhaanMu dan keberkatanMu
Ya Allah, tetapkanlah iman ku, kuatkanlah iman ku dan teguhkanlah iman ku,
Ya Allah, tetapkanlah aqidah ku, kuatkanlah aqidah ku, dan teguhkanlah aqidah ku,
Ya Allah, kau bantulah daku
tika waktu susah dan tika waktu senang
sesungguhnya hanya Engkau daku sembah
kepada Engkaulah daku memohon pertolongan
dan kepada Engkau sajalah daku berserah
Ya Allah, ku memohon hanya padamu

Khamis, 30 Oktober 2008

KU MEREDHAI TAKDIR MU

suatu ketika kita bersua
kita berkenalan dan menjalin ukhuwah
kita hadapi pelbagai bersama
suka dan duka kita bersama
dan kita mencari ilmu bersama
berbicara tentang yg Maha Esa
berjihad bersama dlm menegakkan kalimah yg maha Esa
namun suatu ketika nanti
kita kan berpisah
dan nikmat itu bakal ditarik oleh yg Maha Esa
ku merasa sedih dan pilu
namun ku tetap meredhai takdir Mu
kerna aku hanya yang hina dan tidak mengetahui apa yang terbaik
namun kau mengetahui apa yg terbaik buat kami semua
kami bersyukur dgn nikmatMu
walaupun nikmat itu hanya sementara

KU MENCARI SESUATU

suatu ketika aku bersendirian di taman
menghalusi dan memikirkan sesuatu
sesuatu yg sukar untuk ditafsirkan
sesuatu yg sukar dilihat dan dirasa
namun ku merasa aku perlu mendapatkannya
tapi aku sendiri sukar mentafsirkan caranya
aku memikir dan terus memikir
sampailah saat ini
namun agak sukar kutemui caranya
ku bertanya pada yg memahami
namun mereka juga sukar memberikan jawapan
adapun jawapan diberi jua
tapi sukar untuk difahami
kerna sukar difahami dan dilakukan
aku membaca dan terus membaca
namun sukar juga ku perhalusi dan melakukan
sehingga kini ku belum menemui jawapan pada persoalan itu
namun satu yg pasti
ku tetap akan mencari apa yg dicari

Jumaat, 26 September 2008

Petikan hadis 2

Sesungguhnya saf yg bengkang-bengkok akan menyebabkan hati kita berpecah belah
petikan hadis Sahih Imam Muslim

penerangan:
hadis ini menyatakan bahawa saf yg x lurus akan menyebabkan hati kita berpecah belah.
Hakikatnya perkara tersebut memang benar, kita boleh saksikan bahawa hari ini umat islam x bersatu dan ini merupakan salah satu punca umat Islam kecundang. Maka diharap kita dapat mengamalkan sunnah Baginda dan kita semua dapat bersatu semula.

Selasa, 16 September 2008

Selasa, 12 Ogos 2008

menikahi orang yang dicintai atau mencintai orang yang dinikahi?

dua penyataan yang slalu bermain di minda kita namun kita tidak menyedari
dua2 penyataan mempunyai makna yg terlalu dalam
namun tidak sukar untuk ditafsirkan
menikahi orang yg dicintai hanyalah suatu kemungkinan
namun mencintai orang yg dinikahi merupakan suatu kewajipan
sebagai pedoman rujuklah albaqarah, ayat 216
fahami maksud ayat tersebut
kerana itu merupakan suatu rujukan bagi diri kita
adapun sukar untuk diterima namu itulah yang terbaik bg kita

Ahad, 27 Julai 2008

kutemui seniorku disini

Ahad, 27/07/08
hari ni aku dpt jumpa dua org senior aku yg kt jasin dulu.
sorang naqib aku kt jasin n the other one dorm captain aku.
both of them baru blk dari Russia, tgh cuti sem.
aku jumpa diorang dlm kul 5.15 ptg.
byk kitaorang borak... especially pasal kat skola dulu.

Rabu, 23 Julai 2008

KEMANA DESTINASIKU

SESUNGGUHNYA RAMAI MUSAFIR D DUNIA INI YG TELAH SAMPAI KE DESTINASI MEREKA,
NAMUN HANYA DUA DESTINASI YG DISEDIAKAN,
PEMILIHAN DESTINASI TERLETAK PADA DIRI KITA,
SAMA ADA TAMAN YG INDAH ATAU PANTAI YG KEMERAH-MERAHAN,
AKU TERTANYA-TANYA PADA DIRIKU DIMANA DESTINASIKU,
AKU MAHU KE TAMAN YG INDAH NAMUN TIDAK PASTI KEMAMPUANKU MENDAPAT TIKET UNTUK KE SANA,
HARGA TIKET TERLALU MAHAL DAN SUKAR KU BELI,
TIKET ITU TIDAK TERNILAI DGN HARTA DAN KEKAYAAN,
NAMUN HARGANYA TERLALU ABSTRAK DAN SUKAR DNILAI,
KERANA HARGANYA DINILAI MELALUI APA YG TERSIRAT DAN TERSURAT PADA DIRI SESEORANG.

Jumaat, 18 Julai 2008

Petikan hadis

Barangsiapa yg berniat untuk berjihad di jalan Allah namun hakikatnya dia mati di tempat tidurnya, maka Allah akan mengangkat dirinya sebagai seorang syuhada' di akhirat kelak.
Petikan dari hadis riwayat muslim.

Berdasarkan hadis tersebut dharapkan sahabat2 sekalian dapat mengambil sedikit iktibar kerana dgn berniat sedemikian kita bakal diangkat sebagai syuhada' d Akhirat kelak. Insya ALLAH.

Bicara Ilmuwan Islam

Sesungguhnya sesuatu bangsa itu akan jatuh apabila
kemewahan dan hiburan menjadi keutamaan bagi diri mereka..... kata2 Ibnu Khaldun, bapa sejarawan islam

Sahabat

Carilah sahabat yg apabila kamu memandang wajahnya, kamu ingatkan Allah,
Apabila kamu dengar bicaranya ilmu kamu ttg islam bertambah,
Apabila kamu lihat kelakuannya kamu ingatkan akhirat.

KATA2 HIKMAH

Jadilah yg tebal itu iman,
Yg nipis itu lidah,
Yg tajam itu akal,
Yg lembut itu hati,
Yg ringan itu solat,
Yg halus itu suara,
Yg luas itu ilmu, dan..........
Yg manis itu senyuman.

Khamis, 17 Julai 2008

Pertemuan

Kini aku berada d sebuah institusi pendidikan,
Pertemuan telah ditakdirkan dsitu,
Pertemuan yg bakal menjadi perpisahan,
Namun tidak d kitahui bila kan berlaku,
Namun kesyukuran dan keredhaan itu,
Sesuatu yg mesti ada pada sesiapa jua,
Tidak kira dmana dan x perlu dpersoalkan mengapa,
Seketika sahaja pertemuan itu berlaku sesama kita,
Maka hargailah pertemuan tersebut dgn sebaik-baiknya,
Ketika diberikan peluang dan kesempatan waktu oleh Yg Maha Pencipta.
Design by Abdul Munir Visit Original Post Islamic2 Template