Jumaat, 27 Mac 2009

ILMU DAN MAKLUMAT?? SAMA KAH??



Dengan namamu ya Allah daku menulis


Ilmu dan maklumat
adakah sama??
adakah perbezaan antara kedua2 perkara tersebut??
bagaimana pula kita mentafsirkan dua perkataan tersebut??

ilmu adalah satu maklumat yg mana menjadi satu penghayatan dalm diri kita semua
ilmu itu adalah apa yg kita hayati dan praktikkan
ilmu takkan dapat dgn cara duduk berdiam diri
tapi ilmu mesti dicari
ilmu x boleh dan x pernah mendatangi kita
tapi kita yg mesti mendatangi ilmu

"Bacalah (wahai Muhammad) dengan nama Tuhanmu yang menciptakan (sekalian makhluk), (1)"
-surah Al Alaq

dari ayat ini kita dapat simpulkan bhw Allah menganjurkan pada kita supaya membaca dgn nama Allah
jika diperhalusi, kita akan dapati bhw Allahlah yg menurunkan ilmu itu
dan dari ayat ini juga kita dapati bhw Allah ingin membezakan kita dgn yg puak2 yg lain bhw kita ini menuntut ilmu dan membaca kerana Allah bukan kerana mahu mendapat maklumat seperti mereka yg lain

hmmm
mungkin kita ada terlintas di hati
camna plak proses pendidikan kita hari ni yg mana guru yg datang pada kita
jawapan paling mudah adalah bila mana guru yg datang pada kita
itu adalah proses penyampaian maklumat
maklumat itu kita sering peroleh dgn cara belajar di skola2 atau kolej even universiti
maklumat terlalu senang diperoleh tapi dlm menukarkan maklumat pada ilmu
itu adalah suatu yg sgt sukar
maklumat itu hanya cukup difahami akal sahaja
tapi ilmu itu adalah maklumat yg kita letakkan dalam hati dan kita betul2 memahami menyakini

kita cuba berfikir sejenak pada zaman Rasulullah
kita dapati bhw para sahabat sentiasa bertanya pada Rasulullah
dan para sahabat selalu ke masjid dgn niat beribadah
mereka mahu mendapat pahala bukan hanya dgn bersolat tapi juga mendgr majlis ilmu yg disampaikan Rasulullah
dalam konteks ibadah pada hari ini
ramai yg mnetafsirkan bhw beribadah itu hanyalah di masjid san solat sahaja
walhal, ibadah itu meliputi semua aspeks kehidupan seperti makan, belajar hatta tidur juga ibadah

persoalannya sekarang
adakah kita belajar kerna mendapat ilmu atau maklumat??
kita boleh kesan apa yg dipelajari itu maklumat adalah apabila lepas exam
kita akan dapati apa yg kita blaja itu hilang begitu sahaja
kerana pada awal proses pembelajaran
kita berniat untuk mendapat maklumat dan untuk lepas exam sahaja
adakah benar?? jawapan terletak pada diri anda sendiri

akhir kalam, sesuatu yg kita dapati itu tidak kira dari sistem pendidikan barat atau pun sistem skola pondok
kita mesti faham dan hayati apa yg dipelajari
dan cubalah menghayati agar yg kita dapati itu adalah ilmu bukannya sekadar maklumat

Tiada ulasan:

Design by Abdul Munir Visit Original Post Islamic2 Template