Khamis, 1 April 2010

TEMBOK KEMALUAN





Fitrah manusia bila mencipta sesuatu dan telah tercipta, pasti dibangga-banggakan ciptaan itu. Namun, ku tidak merasa bangga dengan penciptaan tembok yg putih ini. Daku sedih dgn penciptaannya. Daku sayu dengan keberadaannya. Daku pilu dengan pendiriannya. Daku benci dengan kemegahannya.

Tika ini keturunan Shih Huang Ti berbangga dengan terdrinya tembok besar China. Tika ini keturunan Albuquerque berbangga dengan peninggalan tembok kota A Famosa di Melaka. Namun, tiada siapa yang berbangga dengan terdirinya "tembok" ciptaan Hosni Mubarak ini. Tembok yang menghalang kemasukan saudara seMuslim untuk menyelamatkan diri tika dianiaya. Tembok yang menghadangi saudara seMuslim untuk menyelamatkan nyawa. Ulama' mesir tiada kata tika dibinanya. Ulama' Mesir hanya membuta mata tika tembok itu terbina. Walau ada yang bersuara, itu retorik sahaja. Ulama' juga beretorik? Ya! Retorik semata-mata.

Duha Mesir, malulah dikau dengan pendiriannya itu. Malulah dikau kerna menjadi boneka Barat dan israel yang melakukan kezaliman. Malulah dikau kerna punya ulama yang ramai tapi tiada berjasa. Malulah dikau kerna punya pemimpin yang tiada guna. Malulah dikau kerna tidak menjaga saudara. Malulah dikau yang dikata Bumi Anbiya' namun tiada kau ingati pesanan mereka. Tiada kau laksana tuntutan mereka.

Tembok itu harus dijatuhkan. Tembok itu harus dimusnahkan. Tembok itu mesti diruntuhkan. Tiada guna ia bermegah di sempadan walhal saudara terkorban. Tiada guna ia didirikan walhal saudara kebuluran. Tiada guna ia diwujudkan walhal saudara ditindas kekejaman. Tiada guna ia di sempadan walhal saudara diasak keganasan. Tiada guna ia ditegakkan walhal saudara mati bergelimpangan.

Duhai Mesir, Tembok itu juga kemaluan dengan tindakan yang kau lakukan terhadap saudara seIslam. Duhai Mesir, Tembok itu juga kemaluan dengan dasarmu sesama Islam yang kau lakukan. Duhai Mesir runtuhkanlah tembok itu sebagaimana runtuhnya Tembok Berlin yang melambangkan kejatuhan fahaman sosalis yang tiada berlandaskan Assunnah dan Quran.

Tiada ulasan:

Design by Abdul Munir Visit Original Post Islamic2 Template